Minyak-Gaharu.COM

Minyak-Gaharu.COM

Apa Itu Gaharu - Aromanya

Gaharu berasal dari kayu pokok yang dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Agar Wood, adalah pokok dalam keluarga Thymelaeceae. Orang Melayu di Nusantara ini mengenalinya dengan nama timangan GAHARU. Pokok gaharu yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan lilitan berdiameter 40 cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Kajian membuktikan, lagi lama kayu gaharu disimpan, lagi kuat harumannya semerbak.

Gaharu - Set Minyak Wangi

Alam Melayu kita ni memang terkenal dengan perdagangan wangi-wangian sejak zaman nab-nabi lagi. Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya. Mengikut data yang dikeluarkan pada Persidangan Gaharu Dunia pertama di Vietnam, terdapat 16 spesis dari genus Aquilaria yang mempunyai nilai komersil yang tinggi. Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Brunei, Indonesia, Singapura, Timur Tengah, Hong Kong dan Taiwan. Dek kerana peluang inilah, kami mengambil ilham untuk mengedarkannya secara botol kecil agar semua lapisan masyarakat boleh memiliki dengan harga berpatutan lagi berkualiti.

Minyak-Gaharu.COM
Minyak-Gaharu.COM

Minyak Gaharu - Kotak Minyak Wangi

Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula, spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu. Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand, dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi. Keseluruhan pokok gaharu termasuklah (batang, daun, & akar) berguna untuk dikomersilkan.